Bahagian kedua abad ke-4 Masihi,
Dinasti Chin yang menguasai China telah kehilangan jalan perdagangannya melalui
Asia Tengah. Kekacauan di Asia Tengah telah menyebabkan Jalan Sutera yang biasa digunakan untuk membawa masuk barang-barang
mewah dari barat tidak dapat digunakan lagi. Satu-satunya jalan yang terbuka
masa itu adalah melalui jalan laut.
Oleh kerana itu Kerajaan Chin
mula menumpukan perhatian terhadap perdagangan laut. Dengan pembinaan
kapal-kapal layar yang lebih baik, pihak China kemudian berjaya menemui jalan
laut yang baru merentasi Laut China Selatan terus ke Borneo (Kalimantan), Laut
Jawa dan Selat Sunda. Jalan ini tidak lagi menyusuri pantai Vietnam dan Teluk
Siam serta merentasi jalan darat di Segenting Kra yang rumit itu. Penemuan jalan baru ini telah mempertembungkan terus
pedagang-pedagang Cina bukan hanya dengan pedagang-pedagang tempatan Asia
Tenggara tetapi juga pedagang-pedagang India yang memang telah lama berdagang
dengan pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara di kawasan itu seperti di Ho-lo-tan di Jawa dan Ko-ying di Selat Sunda.
Dengan wujudnya perhubungan baru
ini, pedagang-pedagang Asia Tenggara telah mengambil kesempatan mengadakan
perdagangan terus dengan China. Sebelum ini semua perdagangan dengan China
dijalankan melalui pedagang dan pelabuhan-pelabuhan Funan. Dengan wujudnya
perdagangan terus ini telah melumpuhkan sama sekali perkhidmatan pengangkutan
darat menyeberangi Segenting Kra. Kapal-kapal dari India dan Sri Lanka kini
belayar terus melalui Selat Melaka ke pelabuhan-pelabuhan di pinggir barat Laut
Jawa di mana mereka dapat berhubung terus dengan pedagang-pedagang tempatan dan
China. Dalam masa yang sama hasil-hasil rempah ratus kepulauan ini juga mula
mendapat tempat dalam perdagangan antarabangsa. Dengan tidak menggunakan jalan
rentas Segenting Kra, Funan telah
ditinggalkan. Perubahan jalan ke Selat Melaka dan tidak singgah di
pelabuhan-pelabuhan Funan menyebabkan pemerintah Funan kerugian hasil kutipan
cukai.
Di samping itu, perubahanan jalan
perdagangan ini telah memerosotkan perhubungan diplomatik antara China dengan
Funan. Justeru itu, apabila Funan meminta bantuan China untuk menentang Lin-yi pada 484 Masihi, permintaan itu
tidak dilayan malah pada tahun 491 Masihi, Fan Tang iaitu pemerintah Lin-yi telah dianugerahkan gelaran “Jeneral Penenteram Selatan, Pemerintah
Tertinggi Hal Ehwal Ketenteraan Pesisir dan Raja Lin-yi”. Di sini telah
jelas bahawa semenjak selepas pemerintahan Jayawarman, Funan sudah tidak
penting lagi bagi China. Lin-yi yang
baru dibangunkan oleh pelarian dari Funan telah mengambil alih peranannya pada
akhir abad ke-5 Masihi.
Kelemahan Funan ini semakin jelas
kelihatan apabila kegiatan lanun semakin berleluasa di laut yang dahulu dibawah
penguasaan Funan. G.D. Hall, seoarang Sarjana Sejarah Asia Tenggara menyatakan
bahawa, kegiatan lanun ini berlaku sama ada kesan daripa percubaan Funan untuk
mengekalkan kekuasaan ke atas jalan kelautan itu dengan cara memaksa
kapal-kapal singgah di pelabuhannya atau kerana kelemahan Funan telah
menyebabkan penduduk-penduduk Melayu yang tinggal di pesisir menjadi lanun. Kemiskinan
kerajaan Funan untuk menjaga pelaut-pelaut Melayu telah menyebabkan mereka
mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan iaitu melanun.
Sejarah Ban T’ang (618 – 906 Masihi) merupakan catatan rasmi Cina
yang terakhir menyebut tentang Funan. Ia menyatakan sebuah negeri bernama
Chen-la (Kemboja) secara mengejut telah menawan Funan. Pemerintah Funan pada
masa itu terpaksa melarikan diri ke selatan ke sebuah tempat bernama Na fou-na. Perwakilan terakhir Funan
yang sampai ke Istana China adalah di sekitar separuh pertama abad ke-7 Masihi,
iaitu dalam zaman kerajaan T’ang. Selepas
itu tidak adala lagi berita tentang Funan. Namun I-Tsing dalam pelayarannya ke
India pada tahun 671-695 Masihi ada menyatakan sedikit tentang Funan iaitu “selepas meninggalkan Campa dan menghala ke
barat daya akan tiba di negara Pan-nan. Pada asalnya negara ini dikenali
sebagai Funan.
Ada kemungkinan besar kerajaan
Funan ini hilang terus daripada sejarah kesan daripada banjir besar yang
melanda ibu kota dan bandar-bandar utamanya sekitar separuh pertama abad ke-6
Masihi. Kejadian ini telah menyebabkan penduduk-penduduknya terpaksa berpindah
ke tempat-tempat yang lebih tinggi di tengah Kemboja. Dan sekitar 550 Masihi,
Raja Bharawarman dari kerajaan Chenla telah menjadikan wilayah Funan ini
sebagai sebahagian daripada wilayah kekuasaannya dan membentuk kerajaan Khmer.
KESIMPULAN: Negara Funan menjadi
lemah akibat perubahan teknologi perkapalan dari negara China yang menyebabkan mereka
mampu membina kapal-kapal yang hebat dan tahan lasak yang membolehkan mereka
mencari jalan perdagangan baru dan memecahkan monopoli Funan. Kelemahan
pemerintahan kerajaan Funan menyebabkan ramai rakyatnya berpindah ke Lin-yi dan ada rakyatnya mula tidak
mengikut undang-undang hingga menjatuhkan moral mereka. Melanun adalah aspek
kelemahan mental rakyat Funan ekoran dari kelemahan pemerintahan kerajaan Funan
itu sendiri.
Kelemahan ini juga, menyebabkan
banyak negara taklukan Funan mula mengisytiharkan merdeka dan ada beberapa buah
kerajaan yang dahulunya di bawah Funan telah mengadakan hubungan terus dengan
China. Sebagai contoh Chi
Tu@Raktamrittika dahulunya adalah negara Funan, namun mereka telah isytihar
merdeka dan menamakan kerajaan tersebut sebagai Sriwijaya Mala.
ini bermakna chi tu@raktamritika lah asal usul sriwijaya mala tu dan kemudian berkembang kepada srivijaya
ReplyDeleteBenar Tuan Khairi...namun, hal ini masih lagi diperingkat "teori" tiada kajian emperikal tentang Chih Tu ini..... Jika ditelusuri sejarah Chih Tu ini...ia akan jadi rumit kerana sesetengah site sudah menjadi tasik.
ReplyDeletelin-yi tu tempat yang mana?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNot good but not least its not bad
ReplyDeleteU stupid nonsense craps
ReplyDeleteFck u
ReplyDeleteFck u
ReplyDeleteFuck you
ReplyDeleteapakah punca keruntuhan kerajaan Chih Tu?
ReplyDelete