1113 Masihi, salah seorang
anggota keluarga dinasti baru itu telah merampas kuasa daripada
Dharanindrawarman I, yang memerintah ketika itu. Baginda kemudian telah
mengisytiharkan diri sebagai Suryawarman II (1113 – 1150 Masihi). Suryawarman II dianggap sebagai raja yang teragung dalam sejarah
orang Khmer. Mengkikut Sejarah Sung, wilayah
kekuasaan Angkor ketika itu sangat luas dan mungkin teluas dalam sejarahnya.
Kawasan takluknya meliputi bahagian wilayah utara Campa hingga ke Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, Suryawarman II gagal
menguasai seluruh Campa dan Annam.
Semasa pemerintahan Suryawarman
II, perhubungan diplomatik dengan China telah diadakan. Utusan Angkor yang
pertama dikirimkan ke China adalah dalam tahun 1116 Masihi dan utusan kedua
pada tahun 1120 Masihi dan diikuti oleh utusan ketiga pada 1128 Masihi.
Suryawarman bukan sahaja seorang
wira perang yang handal tetapi juga seorang pencinta seni terutama seni bina. Di
bawah pemerintahannyalah sebuah candi teragung di Kemboja telah dibina iaitu Angkor Wat dan sejarahwan mengandaikan
bahawa ianya sebuah binaan keagamaan terbesar di dunia. Ia merupakan candi
pemujaan tuhan Hindu iaitu Wisnu. Didalamnya terdapat sebuah patung wisnu yang
diperbuat daripada emas sedang menunggang garuda. Walaupun wisnu diagungkan,
siva juga disembah. Angkor Wat merupakan sebuah replika dalam bentuk batu
tentang kosmologi (mikrokosm) orang Khmer-Melayu. Bangunan Candi
ditengah-tengah dianggap sebagai Gunung Meru (Mahameru), paksi alam yang
dikemuncaknya tinggal para dewa. Menaranya yang lima buah itu melambangkan lima
puncak Gunung Meru dan tembok yang mengelilinginya mewakili banjarannya yang
dipinggir dunia. Sementara parit yang melingkarinya melambangkan lautan.
Suryawarman II mangkat sekitar
1150 Masihi dan digantikan oleh sepupunya Dharanindrawarman
II. Baginda adalah seorang penganut agama Budha dan menyebabkan segala
monumen Hindu yang dibina oleh Suryawarman II dan raja-raja sebelumnya
terbengkalai. Tambahan keadaan ekonomi Angkor pada masa itu amat teruk ekoran
dari keghairahan Suryawarman dalam membina candi dan monumen. Setelah kemangkatan
Dharaindrawarman II pada 1160 Masihi, baginda digantikan oleh Yasorwarman II (1160 Masihi – 1166 Masihi).
Semasa pemerintahan Yasorwarman
II ini telah berlaku dua pemberontakan yang membawa kepada rampasan kuasa dan
kematiannya. Yasorwarman telah digulingkan oleh seorang menterinya iaitu Thribhuwanadityawarman pada tahun 1166
Masihi. Pada tahun 1167 Masihi, JayaIndrawarman IV dari Campa telah menyerang Kemboja dan sepuluh tahunkemudiannya (1177 Masihi), baginda telah berjaya menawan dan merampas hartabenda dari Angkor dan Thribhuwanadityawarman telah terbunuh dalam pertempuranitu.
Pencerobohan dari Campa ini telah
menyebabkan Kemboja huru hara dan keadaan anarki muncul kembali dalam negara
itu. Kemboja yang hampir lumpuh telah dapat diselamatkan oleh Jayawarman, abang kepada Yasorwarman
II. Jayawarman adalah perwaris yang sah kerajaan Kemboja-Angkor setelah
kemangkatan ayahandanya Dharaindrawarman II. Namun baginda telah mengundurkan
diri daripada perebutan takhta dengan adiknya Yasowarman dan menjadi pendeta
Budha. Jayawarman telah kembali ke Angkor dan menyusun saki baki tentera
Kemboja bagi menentang dan menghalau keluar orang Cam dari Angkor. Baginda kemudiannya
telah mententeramkan kembali keadaan dalam negeri dan mengangkat dirinya
sebagai raja Angkor pada tahu 1181 Masihi. Baginda dikenali dalam sejarah
sebagai Jayawarman VII.
Dengan bantuan seorang putera
pelarian dari Campa di Kemboja, Vidyanandana, Jayawarman VII telah berjaya
menakluki Campa pada tahun 1190 Masihi. Pemerintah Campa, Jaya Indrawarman IV telah
ditawan dan dibawa ke Angkor. Campa kemudiannya dibahagia dua, satu berpusat di
Pandurangga diperintah oleh Vidyanandana dan satu lagi berpusat di Wijaya yang
diperintah oleh Putera In iaitu
putera kepada Vidyanandana pada tahun 1192 Masihi. Kemudian Vidyanandana telah
menggelarkan dirinya sebagai Suryawarman dan mengisytiharkan Campa merdeka
daripada Angkor dan menyebabkan Campa sering diserang Jayawarman VII.
Pada tahu 1203, tentera Angkor
telah berjaya sekali lagi menawan Campa dan seorang lagi pembesar Campa telah
dilantik menjadi raja dan orang itu dikenali sebagai Ong Dhama Patigrama yang pernah tinggal di istana Angkor. Dalam masa
Jayawarman VII ini, kekuasaan Angkor meluas hingga ke sempadan Annam di utara
dan Tanah Melayu di Selatan.
Jayawarman VII telah mengukuhkan
pertahanan Angkor untuk mengelakkan serangan-serangan luar. Baginda telah
membina sebuah kota yang berbenteng teguh yang dikenali sebagai Angkor Thom. Kota ini dikelilingi oleh
parit dan benteng laterit yang kukuh dan teguh. Ia mempunyai 5 pintu gerbang
yang besar. Di tengah-tengah kota ini dibina sebuah candi yang dikenali Candi Bayon yang berbentuk piramid
dengan sebuah menara emas yang berbentuk empat muka manusia yang besar. Muka-muka
itu sebenarnya merupakan wajah Jayawarman sendiri sebagai Awalokiteswara (Lokeswara), iaitu salah satu bentuk Bodhisttwa
Mahayana yang merupakan sembahan utama mazhab Mahayana. Mengikut Coedes, tugu
itu bukan sahaja pengganti Siva tetapi sebagai gantian agama Budha untuk Dewaraja fahaman Siva. Ia juga merupakan
jelmaan raja pengasas dinasti itu. Kult ini dikenali sebagai Budharaja.
Di samping membina candi,
Jayawarman VII juga terkenal sebagai pembina rumah-rumah rehat dan hospital. Dikatakan
baginda telah membina 57 buah rumah rehat di sepanjang perjalanan di antara
Angkor dengan ibu kota Campa di Wijaya. Baginda telah mendirikan 102 buah
hospital di seluruh negaranya. Jayawarman telah mangkat pada 1218 Masihi dan
digelar Mahaparamsaugata.
suryavarman II dikatakan berasal dari keraba nagara sri dharmaraja yang terletak di semenanjung melayu, sekali gus mendapat pengaruh pemerintahan dari kawasan champa hingga ke kawasan segenting kera
ReplyDeletehal ini akan kita ulas dalam kisah "Tambralingga"
ReplyDelete