Candi Po Nagar di Campa (Vietnam) |
Pada tahun 629 Masihi,
Chambuwarman telah membina kembali candi Siva-Bhadreswara iaitu candi pertama
Campa telah terbakar dalam zaman ayahandanya Rudrwarman. Candi baru ini
dinamakannya Chambubhadreswara iaitu
sempena namanya. Pemerintahan Cambhuwarman ini diikuti oleh beberapa orang raja
dari Dinasti Brahmin iaitu:
- - Kandarpadharma (Fan T’eou-li)
- Prabhasadharma (Fan Tche-long), beliau mati dibunuh pada 645 Masihi.
- Bhadreswarawarman anak saudara Prabhasadharma
- Seorang raja perempuan yang tidak dikenali namanya
- Prakacadharma, gelarannya Vikrantawarman, naik takhta pada 653 Masihi
- Vikrantawarman II
Semasa pemerintahan
Vikrantawarman I dan II, Campa berada dalam keadaan aman. Beliau menghantar
beberapa utusan ke China pada 653, 657, 669, 670 Masihi; 687 dan 731 Masihi.
Dua perwakilan terakhir itu dikirimkan oleh Vikrantawarman II.
Satu perubahan besar telah
berlaku di Campa sekitar abad ke-8 Masihi. Tumpuan pemerintahannya telah
beralih ke Selatan dengan mengubah ibu kotanya dari Thua-thein ke Quang-nam di
utara, selepas itu pusat pemerintahannya berubah lagi ke Pandu-rangga (Phanrang) di
selatan. Di sini sebuah ibu kota telah dibina yang dikenali sebagai Wirapura.
Sumber China tidak lagi memanggilnya sebagai Lin-yi tetapi kita menggelarkan Campa sebagai Houan-wang.
Di bahagian selatan ini walaupun
tidak lagi diganggu oleh China, Campa menghadapi gangguan dari pihak lain pula.
Pada 774 Masihi, semasa pemerintahan Satyawarman
(Ichwaraloka), Campa telah diserang oleh Jawa. Serangan ini telah mengakibatkan Candi Po-Nagar dimusnahkan. Namun serangan Jawa ini dapat dipatahkan oleh
Satyawarman dan membina kembali Candi Po-Nagar pada tahun 784 Masihi.
787 Masihi, sekali lagi Jawa
menyerang Campa. Ketika itu ia diperintah oleh adik Satyawarman iaitu Indrawarman.
Dalam serangan kedua ini orang Jawa telah merosakkan pula sebuah candi lagi
iaitu candi Bhadradhipaticwara berhampiran Wirapura. Serangan ini juga dapat
dipatahkan oleh pihak Campa.
Raja-raja Campa selepas
Indrawarman adalah:
-
Hariwarman I (802 – 817 Masihi)
-
Vikrantawarman III (817 – 854 Masihi)
875 Masihi, sekali lagi Campa
memindahkan pusat pentadbirannya ke Utara iaitu di Indrapura. Orang China memanggilnya Tchan-tch’eng (Kota Cam atau Campapura). Pengasas Dinasti Indrapura
ini mengakui dirinya daripada keturunan raja Campa Selatan (Houan-wang). Baginda yang bernama Lakshmindra
Bhumicwara Gramaswamin telah menaiki takhta Indrapura dengan gelaran
Indrawarman II.
Vikrantawarman III telah
meninggalkan takhta tanpa pewaris dan baginda telah melantik Indrawarman II
sebagai pengganti. Pemerintah baru ini telah memindahkan ibu kota dari Wirapura
ke Indrapura di utara kerana berlakunya perubahan kepercayaan daripada agama
Hindu kepada agama Budha. Pada tahun 875 Masihi, Indrawarman II telah
mendirikan sebuah biara Budha yang besar dan ianya dikenali sebagai Biara Laksmindralokeswara.
Dalam zaman pemerintahan raja berikutnya iaitu dibawah Jaya Simhawarman I, telah menunjukkan
bahawa terjalin hubungan yang erat antara Campa dan Yawadwipa Pura (Kota Jawa)
dan ianya berlangsung pada akhir abad ke-9 dan awal abad ke-10 Masihi. Hubungan
yang erat ini boleh dilihat melalui kesenian Campa mula dipengaruhi oleh
kesenian Jawa.
Selepas pemerintahan Jaya Simhawarman II, beliau telah
digantikan oleh puteranya Jayacaktiwarman
(908 Masihi) dan kemudian oleh Bhadrawarman II (908 – 910 Masihi). Dalam
masa Bhadrawarman II, orang Islam telah
ramai di Campa. Berkemungkinan telah wujud perkampungan orang Islam di
Campa semenjak ibu kotanya di Wirapura lagi.
Semasa pemerintahan Bhadrawarman II, beliau telah menghantar utusan yang
diketuai oleh seorang yang beragama Islam yang dikenali sebagai P’ou Ho-san (Abu Hasan), ini jelas
menunjukkan bahawa Islam sedang berkembang pesat di Campa.
ISLAM telah mula bertapak di
Campa semejak abad ke-7/8 Masihi lagi. Mengikut al-Dimashki, pada abad ke-7
Masihi ramai orang Arab penyokong Ali (Aliwiyah)
telah melarikan diri dari Timur Tengah akibat tekanan daripada pihak Umaiyah. Mereka
telah menetap di sekitar Phanrang (Pandu-rangga). Justeru itu, Islam di Campa
pada peringkat awal ini adalah Islam Syiah. Bukti-bukti yang ditinggalkan oleh
mereka ini merupakan sebuah batu bersurat yang bertarikh 1035 Masihi dan sebuah
nisan yang bertarikh 1039 Masihi.
Bersambung : Bahagain 3
No comments:
Post a Comment