3 Artikel yang telah dipost sebelum
ini dengan tajuk Melayu dari Mana KitaSebenarnya, Melayu Siapa kita Sebenarnya: Peradaban Melayu Prasejarah dan Melayu Siapa kita sebenarnya : TeoriPenghijrahan telah megupas dari mana sebenarnya Bangsa Melayu ini. Namun ia tidak menjelaskan dengan lanjut tentang
peradaban manusia Asia Tenggara pada masa itu.
Peradaban adalah bermaksud kebudayaan,
tamadun,kemajuan (fizikal dan mental) serta kecerdasan secara zahir dan batin,
dari maksud ini kita boleh jelaskan peradaban manusia ialah kemajuan yang
dicapai dalam membuatkan kehidupan manusia itu lebih baik dan maju dari segi
mental dan fizikal.
Balik kepada peradaban awal di
Asia Tenggara, manusia yang menghuni Asia Tenggara sejak bermulanya Zaman Batu
telah berusaha memajukan rantau ini. Faktor geografi memainkan peranan penting
dalam perkembangan tamadun mereka. Justeru itu, manusia pada waktu itu berusaha
meneroka di kawasan yang bercuaca panas dan mempunyai musim kering yang jelas
(kawasan Monsun Tropika). Kawasan-kawasan ini juga mempunyai tanah yang subur
hasil daripada letusan gunung berapi atau mendapan lanar dari sungai-sungai
utama. Pada masa itu, kawasan Dataran Tinggi Korat (daratan/tanah besar) dan
Timur Jawa (kepulauan) merupakan pilihan.
Menjelang 12.000 – 8.000 SM telah
terbentuk beberapa peradaban di sekitar kawasan yang diteroka itu. Wujud
perbezaan yang agak jelas di antara dua peradaban yang berkembang di kawasan
yang berlainan ini. Di tanah besar
telah wujud beberapa peradaban dalam zaman Mesolitik, akan tetapi yang jelas
diikuti ramai ialah satu tamadun yang dikenali sebagai tradisi Hoabinihian. Tradisi ini dikatakan telah
berkembang antara 9.000 – 5.000 SM. Namun, sebelum berkembangnya tradisi ini
telah sedia wujud satu tradisi yang lebih tua dan dikenali sebagai Son vi yang telah berkembang sekitar
16.000 – 9.000 SM. Di tanah Kepulauan, kecuali
di kawasan Sumatera Utara telah berkembang satu peradaban yang berlainan
sedikit daripada tradisi Hoabinhian. Tradisi
ini tidak diberi nama khas, ia hanya dikenali sebagai tradisi alat-alat batu
serpih (flaked-tools tradition).
Berikut dikongsikan ciri-ciri
antara dua peradaban ini:
TRADISI HOABINHIAN
|
TRADISI ALAT-ALAT BATU SERPIH
|
||||
Tradisi ini dipercayai telah wujud dalam Zaman Mesolitik di Asia
Tenggara. Ciri-cirinya adalah:
(a) Alat
pemotong daripada batu yang agak kasar diperbuat daripada batu-batu sungai
yang ditajamkan di sebelahnya sahaja. Terdapat juga alat-alat yang diperbuat
dari tulang.
(b) Orang
zaman ini telah pandai membuat takar air daripada tanah liat.
(c) Mereka
hidup berburu binatang besar dan menangkap ikan.
(d) Mereka
dipercayai telah mempunyai kepercayaan kepada alam ghaib.
(e) Mereka
mengamalkan upacara pengkebumian yang teratur.
(f) Mereka
juga telah mempunyai tradisi kesenian yang agak halus.
(g) Mereka
dikatakan telah pandai menggunakan damar untuk pelita/suluh.
(h) Di
samping berburu mereka memungut makanan terutama daripada jenis kacang.
Jumpaan daripada tempat peradaban ini, mereka nampaknya telah menggunakan
sirih.
(i) Mereka
hidup berpuak-puak dan berpindah randah.
|
Tradisi ini berkembang di kawasan kepulauan dan
kawasan tengah Sumatera hinggalah ke Irian. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan
utama. Satu kumpulan terdapat di pulau-pulau di selatan, dari Sumatera tengah
hingga ke timur dan satu kumpulan lagi dijumpai di kepulauan yang keutara
seperti di Filipina dan Sulawesi.
CIRI-CIRI
UTAMA MEREKA
|
Pengebumian Tradisi Hoabinhian |
Perkembangan budaya ini telah
bermula dari Zaman Mesolitik hingga memasuki Zaman Neolitik. Akan tetapi di
sesetengah tempat di Asia Tenggara ini, Zaman Neolitik ini tidak jelas. Seolah-olah
berlaku satu lompatan dari Zaman Mesolitik kepada Zaman Logam. Hal ini telah
dijelaskan oleh Semanov bahawa
perkara ini berlaku kerana alat-alat tukang Hoabinhian telah digunakan untuk
membuat alat-alat kayu dan buluh yang lebih canggih. Alat-alat ini tidak
mungkin dapat kekal untuk dikaji oleh ahli-ahli kaji purba kerana ia mula
mereput dan terbakar. Sementara itu, di kepulauan jawa upamanya telah
menghasilkan alat-alat batu yang lebih licin dalam Zaman Neolitik, di Korat pada waktu yang sama iaitu
kira-kira 3500SM telah menghasilkan bahan-bahan gangsa (perunggu). Perkara ini
menjelaskan perkembangan budaya yang tidak selari walaupun dalam kawasan yang
berhampiran.
Perkara ini telah mewujudkan
terdapat komuniti yang maju sebagai masyarakat pertanian,ada yang sebagai
pelaut, manakala pada masa yang sama terdapat puak-puak yang meneruskan cara
hidup berburu dan mengumpul makanan.
Pada Zaman Neolitik juga terdapat
pendatang baru dari utara, iaitu golongan Mongoloid-Indonesiod
dan bermulalah satu peradaban baru disekitar Asia Tenggara. Peradaban ini
berkembang di sekitar kepulauan dan disemenanjung dikenali dengan alat-alat
tukang yang diperbuat daripada batu-batu keras yang diasah dan digilap. Alat-alat
itu sama ada berbentuk segi empat atau sudut empat bujur. Salah satu hujungnya
merupakan mata pemotong seperti beliung atau pahat. Beliau digunakan untuk
membuat perahu atau rumah manakala pahat digunakan untuk membuat ukiran. Peralatan
sebegini banyak dijumpai di Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Beliung-beliung
yang diperbuat daripada batu-batu permata (semi-precious)
banyak dijumpai di Jawa menunjukkan bahawa telah wujud satu tamadun yang agak
tinggi di pulau itu dalam Zaman Neolitik.
Sebenarnya penduduk di sekitar
tanah besar terutama di Korat lebih maju berbanding pendudk di kepulauan kerana
mereka telah mengenali alat-alat logam terutama gangsa. Teknologi membuat
peralatan dari gangsa ini telah mereka kuasai sekitar 3500 – 3000 SM. Hal ini
telah memudahkan mereka membuka kawasan pertanian. Kerana itu, sejak 3500 SM kawasan timur laut
Thailand telah pun mula bercucuk tanam dan membela haiwan.
Teknologi tentang logam ini hanya
sampai ke kepulauan sekitar 2000 SM. Ianya dipercayai diimport dari tanah
besar. Perhubungan perdagangan dipercayai telah wujud di sekitar Asia Tenggara
seawal 2000 SM, walaupun kajian mendalam mengenai hal ini masih belum sempurna,
dipercayai perdagangan antarabangsa di antara kawasan Asia Tenggara ini dengan
India telah bermula sejak 1000 SM.
Seperti kita ketahui bahawa logam
telah diperkenalkan ke kepulauan sekitar 2000 SM, ianya tidak bermakna Zaman
Batu berakhir di sini. Zaman Batu Baru (Neolitik) terus wujud disesetengah
tempat Asia Tenggara ini hingga ke-300 SM. Alat-alat batu ini terus digunakan
bersama-sama logam sehingga logam menjadi bahan mudah diperolehi dan sedikit
demi sedikit alat-alat batu itu dikurangkan.
No comments:
Post a Comment