PERDAGANGAN
AWAL ORANG-ORANG MELAYU (KUN-LUN)
Kehebatan Melayu : Bukti Orang Melayu dalam bidang Pelayaran |
Sejarahwan menyatakan bahawa perdangangan Nusantara
dengan India, China dan Eropah telah bermula semenjak Zaman Neolitik lagi.
Namun yang jelas, sejak abad pertama Masihi terlah
wujud jalan laut yang biasa digunakan di atara pantai timur India dan Sri Lanka
kepelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. Justeru itu, wujudlah jalan ke pasaran
China yang kaya. Pelabuhan persinggahan mereka yang utama adalah disekitar
bahagian utara Pantai Barat Semenanjung, kemudian menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam. Selepas itu
dengan menaiki kapal lain belayar ke Pelabuhan Oc-Eo di Funan. Sebenarnya Penggunaan jalan merentasi
Segenting Kra yang terawal diketahui ialah pada sekitar tahun 141-87SM apabila
Maharaja Han Wu Ti mengirim utusan ke India untuk mendapatkan mutiara, kaca dan
batu-batu permata yang ganjil.
Hal ini menunjukkan pada masa ini pelaut-pelaut
Melayu merupakan golongan penghubung yang menghubungkan pedagang-pedagang dari
India/barat dengan pedagang-pedagang dari timur/China. Jalan Perdagangan ini
semakin penting pada abad ke-2 Masihi apabila jalan darat yang menghubungkan
barat dan timur melalui Asia Tengah terganggu akibat kekacauan yang sering
berlaku di kawasan itu. Catatan-Catatan China ada menyatakan tentang kehadiran
kapal-kapal Melayu (Kun-lun po) di
pelabuhan-pelabuhan tenggara China pada abad pertama dan kedua Masihi. Kapal-kapal Melayu (Kun-Lun-Po) ini
dikatakan besar-besar belaka, antaranya ada yang sampai 50 meter panjang dan
timbul di permukaan air setinggi empat atau lima meter. Ia sanggup membawa
6000-7000 orang dan muatan seberat 250-1000 tan.
Dalam satu laporan yang dicatatkan oleh seorang
pendeta Budha pada abad ke-8 masihi menyatakan:
“Po ini merupakan kapal lautan. Enam atau
tujuh kaki daripada bahagiannya di dalam air. Kapal-kapal ini laju dan mampu
membawa 1000 orang, selain daripada kargo. Ia juga dikenali sebagai Kun-lun-po.
Kebanyakkan mereka yang menjadi kelasi
dan ahli-ahli teknikal terdiri daripada orang Kun-lun.
Denga gentian kulit pokok kelapa, mereka
membuat pintal( ikatan) yang mengikat bahagian-bahagian kapal itu. ...Paku dan
pengapit tidak digunakan kerana takut pemanasan besi akan menyebabkan
kebakaran. (kapal-kapal itu) dibina dengan cara menyusun (beberapa) tebal papan
dinding, kerana papan itu nipis dan mereka takut ia pecah. Panjang papan-papan
itu melebihi enam puluh meter... Layar dikembangkan untuk menggunakan angin,
dan kapal-kapal itu tidak boleh digerakkan dengan tenga manusia semata-mata.”
Orang-orang Barat juga mengenali akan Kun-Lun-Po ini melalui catatan Yunani
dalam Periplus of the Erythrean dengan
menyatakan tentang Kolandio Phonta yang
merupakan kepelatan bahasa Yunani dalam menyebut Kun-Lun-Po.
Pada abad pertama hingga kelima Masihi, jelas
kelihatan Funan menguasai perdagangan di rantua ini. Dari Funan, barangan
diangkut dengan kapal ke pelabuhan-pelabuhan di selatan China. Pada masa ini
Selat Melaka jarang digunakan oleh pedagang dan pelaut kerana bukan sahaja
dianggap jauh dan menyulitkan tetapi juga berbahaya kerana kegiatan lanun. O.W. Wolters menyatakan, sehingga
pertengahan abad ke-3 Masihi, kapal-kapal dari China terpaksa belayar menyusur
pantai Indo-China dan timur Semenanjung Tanah Melayu jika henda ke
pelabuhan-pelabuhan di barat Nusantara.
Negara-negara pinggir kawasan pedalaman yang
didiami menjadi entrepot perdagangan, membekalkan kelengkapan yang sesuai
kepada pelaut dan pedagang, membekalkan makanan, air dan tempat menginap serta
gudang simpanan barang dan pasar. Dengan itu membolehkan pertukaran
barang-barang timur dan barat dapat dijalankan.
Akan tetapi tidak lama kemudian, pedagang-pedagang
rantau Asia Tenggara mula memasarkan barangan mereka sendiri seperti rempah-ratus,
wangi-wangian (minyak nilam), kapur barus dan hasil-hasil hutan sebagai barang
gantian untuk komoditi asing. Rempah ratus dan hasil-hasil tempatan yang
diperkenalkan itu mula mendapat perhatian dan kemudiannya menjadi barangan yang
diminati. Hasil-hasil dari kepulauan ini mula mengalir keluar ke pasar-pasar
antarabangsa dalam abad-abad keempat dan kelima. Perdagangan antarabangsa ini
telah membantu membina negara-negara di rantau ini.
Kajian arkeologi di kawasan pantai timur
Semenanjung India telah berhasil menemui satu tapak yang dikenali sebagai Arikamedu. Tapak ini membuktikan
kewujudan perhubungan dagang yang meluas di antara timur dan barat pada sekitar
abad pertama masihi. Di kawasan ini diketahui bahawa eksportnya adalah ke Barat
termasuklah lada hitam, mutiara, batu permata, tembikar, kulit penyu, gading
dan sutera. Barangan ini dijual pada harga yang lebih tinggi di Rom. Pada abad
pertama masihi, harga sepaun lada hitam di Rom adalah 15 denarii. Semua ini merupakan hasil-hasil dari Asia Tenggara dan
China. Import dari Barat merupakan logam-logam seperti plumbum, tembaga dan
timah. Selain daripada itu diimport juga kaca, pasu-pasu tembikar, lampu, arak
dan wang syiling.
Clandius Ptolemaeus (Ptolemy) |
Pengembara Mesir bernama Clandius Ptolemaeus (Ptolemy) pada sekitar 100 – 170 Masihi, telah
merekod satu daftar yang lengkap tentang pelabuhan-pelabuhan dan pusat
perdagangan di Timur dan Barat pada abad ke-2 masihi. Ptolemy juga telah
menjelaskan sedikit sebanyak tentang pantai Coromendal (timur India) yang tidak
pernah disebut oleh penulis-penulis terdahulu.
Catatan Ptolemy ini telah memperkenalkan Asia
Tenggara khususnya Semenanjung Tanah Melayu kepada dunia Barat. Ptolemy
memanggil semenanjung ini sebagai Golden
Khersonese yang bermaksud Semenanjung Emas. Di samping itu kawasan ini
memang telah terkenal di India sejak abad pertama masihi atau mungkin lebih
awal lagi. Dalam kesusasteraan India seperti Ramayana dan Jataka, kawasan
ini dipanggil Suwarnadwipa (Semenanjung
Emas) atau Suwarnabhumi (Bumi Emas).
Golden Khersonese mengikut catatan Ptolemy |
Bersambung dengan tajuk : PERKEMBANGAN
PERDAGANGAN DI ASIA TENGGARA : EMAS
po = kapal besar
ReplyDeletekun-lun = orang 'gunung'