Peta Penghijrahan Manusia Pra Sejarah |
MELAYU : DARI MANA KITA
SEBENARNYA?
Teori Penghijrahan
Posting sebelum ini, kita telah menelusuri Zaman
prasejarah yang berkaitan dengan Nusantara ini dan kita telah bincangkan bahawa
wujudnya manusia pada zaman batu namun, kita tidak dijelaskan bagaimana manusia
wujud di Nusantara ini.
PENGHIJRAHAN, cara inilah manusia mula menghuni
kawasan Nusantara atau lebih dikenali sebagai Asia Tenggara pada masa ini.
Sebelum 1940-an, ahli sejarah percaya bahawa pada akhir Zaman Ais dan awal
Zaman Batu telah berlaku penghijrahan beramai-ramai manusia dari kawasan utara
masuk ke Asia Tenggara. Teori ini telah dipelopori oleh dua orang ahli
antropologi iaitu F.Sarasin dan P.E. Sarasin dan teori ini disokong oleh
Heine-Geldern, Coedes, Hall dan ahli
sejarah pada zaman itu.
Teori ini menegaskan tentang perpindahan dua
kelompok utama manusia yang dikenali sebagai Melayu Proto dan Melayu
Deutro ke kawasan ini secara berperingkat-peringkat. Dikatakan bahawa Melayu
Proto ini telah membawa kebudayaan neolitik yang maju, manakala Melayu Duetro
membawa kebudayaan gangsa dan besi. Teori ini berasaskan kepada kepercayaan
yang manusia sebenar (Homosapiens) berasal
dari Timur Tengah dan di situlah bermulanya peradaban manusia. Dikatakan bahawa
kelompok pertama (Melayu Proto) itu telah berhijrah ke kawasan ini sekitar
3000-2500 SM dan kumpulan kedua (Melayu Duetro) sekitar 1500-300SM.
Ahli sejarah pada masa itu bersependapat tentang
penghijrahan beramai-ramai ini tetapi mereka tidak sependapat tentang dimana
bermulanya awal peradaban manusia. Ada yang berpendapat peradaban manusia
bermula di Eropah, Mesir dan Lembah Mesopotamia atau di Timur Tengah. Dari
sinilah manusia itu keluar bertaburan di permukaan bumi ini. Sebahagian mereka
telah sampai ke kawasan Asia Tenggara setelah berhenti dan menetap lama di
bahagian-bahagian yang dilalui oleh mereka seperti di India, Utara Burma dan
Yunan (selatan China).
Namun teori dan pendapat ini disangkal oleh
sejarahwan terkemudian seperti Huttere, Bayard, Bronson dan Glover. Mereka perpendapat
walaupun ada penghijrahan tetapi ia bukanlah berlaku secara besar-besaran atau
secara gelombang. Pun begitu, teori P.Rivert menyatakan bahawa wujud
perpindahan secara gelombang dengan menganggap ras terawal yang memasuki Asia
Tenggara adalah ras Australoid.
Kemudian diikuti dengan gelombang kedua yang terdiri dari ras Melanesoid. Gelombang penghijrahan
berikutnya dilakukan oleh ras Polynesoid kemudian
diikuti oleh golongan Indonesoid. Kumpulan
ras yang terakhir yang memasuki Asia Tenggara ini adalah golongan Indonesiod dan mereka memasuki kawasan
Nusantara ini dalam zaman Neolitik.
Bagaimanapun, kajian mutakhir menunjukkan bahawa
hanya wujud dua kumpulan manusia di kepulauan Asia Tenggara iaitu:
- Melanisoid Tua (Old Malanisian) yang dipercayai berkembang setempat
- Mongoloid – yang berhijrah dari utara.
Kumpulan kedua ini dikatakan telah bergerak ke
selatan secara perlahan-lahan dalam jangka masa ribuan tahun dalam Zaman Batu.
Sebagai muslim, kita tidak dapat menerima andaian yang mengatakan golongan
Melanisoid Tua adalah manusia tempatan tidak dapat diterima. Justeru itu, golongan
ini dipercayai telah berhijrah dari kawasan lain ke Asia Tenggara dan kemudian
ke Australia di mana mereka dikenali sebagai Australoid.
Kumpulan ras Australoid (Melasinoid Tua) ini juga
masih ada menghuni kawasan-kawasan yang pernah dilalui oleh mereka seperti di
India dan pulau-pulau lautan pasifik. Di Kepulauan Pasifik ini mereka dikenali
sebagai orang Melanesia manakala di
India dan Sri Lanka mereka dipanggil Wedda.
Ras ini juga ditemui di sekitar Kepulauan Melayu seperti orang Enggano dan
Mentawai. Di Sumatera mereka dikenali sebagai Sakai, Ulu, Kubu, Lubu dan Mamak
manakala di Sulawesi Selatan mereka dikenali sebagai Toala dan Takeo. Di semenanjung
Tnaah Melayu, ras Melanesoid Tua ini terdiri daripada puak-puak Orang Asli,
Senoi dan Sakai.
Kumpulan ras Mongoloid dipercayai telah berhijrah
ke Asia Tenggara dari Asia Tengah ke timur dan selatan dalam jangka masa
beribu-ribu tahun. Mereka kemudiannya mendiami Yunan dan Indo-China. Dari
daerah ini ramai antara mereka meneruskan penghijrahan ke selatan memasuki
kepulauan Asia Tenggara dan mereka inilah yang dikenali sebagai Melayu Proto
dan Melayu Duetro oleh ahli sejarah. Mengikut
teori Hendrik Kern dan Winstead, kawasan asal Bangsa Melayu
adalah di Champa, Coachin-China dan Kemboja. Penghijrahan ini tetap
berterusan walaupun paras air laut semakin tinggi dan menenggelamkan
kawasan-kawasan pesisir yang dahulunya kering dan dihuni oleh
penghijrah-penghijrah awal. Tanah-tanah tinggi kini telah menjadi pulau dan
semenanjung dan perhubungan hanya dapat dijalankan melalui jalan air.
bermakna betullah sesetengah teori yg mengatakan melayu ini ada jugak asalny dr cina jika itu yg kwe paham drpd srtikel diatas lah...klu salah maafkn kawe...
ReplyDeleteLol bro khairi.. tang mana kt artikel kat atas ada kata kita dr China?
ReplyDelete