Suatu waktu dahulu, di negeri
Kelantan pada masa sekarang telah wujud beberapa buah kerajaan tua yang disebut
dalam pelbagai catatan terutama dalam catatan China, India, Arab dan Parsi
serta dalam catatan Eropah.
Antara nama negeri yang sering
disebut adalah:
1) Medang Ghana
2)
Medang Kamulan
3)
Raktamrittika
4)
Tan-Tan
5)
Chih-Tu
5 nama kerajaan ini terletak
dalam sempadan Kelantan pada zaman ini, nama Kelantan ini juga sebenarnya nama
tua tetapi ianya diterjemah oleh pencatat mengikut maksud bahasa ibunda mereka.
Paling menarik, adalah tentang
Tan-Tan kerana ianya disebut oleh I-Tsing iaitu seorang pendeta agama Budha
yang ulung sewaktu zamanya. Beliau telah menghasilkan dua buah buku catatan
yang menghuraikan secara terperinci Alam Nusantara memandangkan beliau telah
tinggal lama di Nusantara setelah berhijrah dari Canton, China.
I-Tsing menyatakan bahawa Tan-Tan
adalah sebuah negeri dibawah naungan Sriwijaya. Ianya adalah sebuah negeri yang
kaya dengan mineral berharga seperti Emas, Perak dan Kaca.
Prof. Hsu-ts’io yang telah mengumpulkan semua rekod Tan-Tan
dari pengembara China dalam artikel yang berjudul I Notes on Tan-Tan dalam Jurnal M.B.R.A.S vol XX seperti berikut:
1) Rekod
dari Liang Shu:
Pada tahun
530, Raja Tan-Tan mengirimkan utusan dan mempersembahkan ucapan yang
muluk-muluk kepada Maharaja. Maharaja ini disamakan dengan mahamurah,
memerintah rakyatnya dengan ramah, kepercayaannya kepada Ratnaraya sangah
tabah. Ajaran Budha benar-benar meresap dalam tingkah lakunya. Itulah sebabnya
maka pendeta Budha mengerumuni beliau; pelantikan Pendeta Buddha makin
bertambah, semuanya hormat kepada baginda, yang kasih sayangnya meliputi segala
umat, sehingga makhluk dari lapan penjuru dunia berkumpul. Betapa besar
kekuasaan beliau untuk menaklukkan semua negeri-negeri tetangga hampir-hampir
tidak terkatakan.
Saya berharap
mudah-mudahan baginda berkenan memandang saya dan memberi kesempatan kepada
utusan saya untuk bertemu muka dengan baginda. Saya mohon agar baginda suka
menerima hadiah saya yang tidak seberapa berupa dua arca gading, dua pagoda,
sejumlah agnimani, kapas dan minyak wangi.
Pada tahun
pertama masa pemerintahan Ya-tung (tahun 535), Raja Tan-Tan mengirim utusan
lagi dengan membawa emas, perak, kaca, minyak wangi, rempah-rempah, dan
pelbagai barangan lain.
2) Rekod
dari Sui Shu, susunan Wei Cheng:
Negeri P’o-Li
dapat dicapai dari Chio-chih melalui Chih-tu dan Tan-Tan. Dari timur ke barat
jauhnya sepanjang empat bulan perjalanan, dari selatan ke utara 45 hari
perjalanan. Adat istiadat negeri P’o-li sama dengan adat istiadat negeri
Kemboja. Hasil buminya sama dengan negeri Campa. Pada tahun ke-12 semasa
pemerintahan Ta-yih (tahun 616), negeri itu mengirim utusan ke China untuk
mempersembahkan ufti, namun pemberian itu tidak dilanjutkan. Di sebelah selatan
P’o-li terletak negeri Pan-Pan dan Tan-Tan. Dua negeri ini memberikan hasilnya
sebagai ufti. Baik adat istiadat dan hasil buminya adalah sama.
3)
Rekod Hsin
T’ang Shu:
P’o-li
terletak disebelah tenggara Huang-wang (Campa), dapat dicapai dari Kocin-China
melalui Chih-tu dan Tan-Tan. Lebar dan panjangnya beberapa ribu li. Di situ
banyak kudanya. Negeri itu juga disebut Mali. Di sebelah timurnya terletak
negeri Lo-tha.
4)
Rekod Nan
Shih, susunan Li Yen Shu – maklumatnya hampir sama dengan rekod Liang Shu.
5)
Rekod dari Tung
Tien susunan Tu You:
Berita tentang
Tan-Tan kita ketahui pada masa pemerintahan Maharaja Sui. Letaknya di sebelah
barat laut To lo modan di sebelah tenggara Chen Chow. Nama bangsa rajanya
adalah Sha li. Namanya sendiri Shih ling
Chia. Ibu kotanya didiami oleh 20 000 keluarga.
Negeri ini
mempunyai beberapa daerah untuk memudahkan pentadbiran kerajaan. Setiap hari,
Rajanya akan berada di istana pada waktu pagi selama 2 jam dan 2 jam lagi
disebelah petang. Mempunyai 8 orang menteri dari kalangan Pendeta. Wajah
baginda diliputi bedak wangi, memakai mahkota terbuka bersabuk pita, pakaiannya
berwarna awan pagi, sandalnya dibuat dari kulit, baginda akan menaiki tandu
jika keluar tidak jauh dari istana dan akan menaiki gajah jika jauh dari
istana. Dalam peperangan tetuang akan dibunyikan, genderang akan dipalu dan
panji-panji akan di kibarkan. Undang-undangnya tidak pilih kasih. Barangsiapa
mencuri akan dikenakan hukuman mati. Hasilnya: emas, perak, kayu cendana, kayu
sapan, dan pinang. Juga menghasilkan padi. Binatang ternaknya : kambing, babi,
ayam, angsa, itik, kijang dan rusa. Disitu ada burung kocin dan merak.
Buah-buahan dan rumput air: anggur, delima, labu, lugenaria vulgaris, gangang
dan teratai. Sayur mayurnya : brambang, bawang dan akar.
6)
Rekod dari Hsin
Tang Shu, susunan Au Yang Hsiu
Tan-Tan
terletak di sebelah tenggara Chen Chow dan di sebelah barat To lo mo, terbahagi
kepada beberapa daerah. Di negeri itu terdapat banyak kayu cendana. Nama bangsa
rajanya Sha-li dan namanya sendiri Shih Ling Chia. Baginda menjalankan tugasnya
setiap hari dan mempunyai 8 menteri. Baginda memakai minyak wangi, mengenakan
mahkota dengan pelbagai bulu-bulu yang mahal-mahal. Dalam perjalanan dekat,
baginda naik kereta, tetapi dalam perjalanan jauh, naik gajah. Dalam peperangan
tetuang dibunyikan dan genderang dipalu. Pencuri besar-kecil dihukum berat.
Pada masa
pemerintahan Chien feng (666-667) dan Tsu-Cheng (668-669), negeri itu
mempersembahkan ufti berupa hasil dalam negerinya. Negeri Lo yueh terletak 5000
li dari laut di sebelah utaranya. Di sebelah barat daya berbatasan Ko Ku Lo,
menjadi pusat pertemuan para pedagang dan pusat lalu lintas. Adat istiadatnya
sama dengan negara To-ho-po-ti (Dwarawati). Tiap tahun ada perahu dari negeri
itu datang di Kanton, nakhkodanya memberi laporan ke istana.
7)
Rekod Nan-hai-chi-kuei-nei-fa-chuan,
karangan I-Tsing;
Tan-tan
termasuk salah satu negeri laut Selatan yang memeluk agama Budha, dan disebut
sesudah Ho-ling.
8)
Rekod dari Tung
Chih susunan Cheng-Ts’iao sama dengan rekod Tung Tien
9)
Rekod semasa pemerintahan Dinasti Ching
Tan-Tan
terletak di pantai laut sejauh 130 hentian di sebelah barat daya Amoy. Adat
istiadat, pakaian dan hasil buminya sama dengan Johor. Pelayaran dari Amoy ke
Johor sejauh 180 hentian, ke Sengora dan Patani sejauh 150 hentian. Satu
hentian kira-kira 60 li.
10)
Rekod dari Ming
Shih
Tan-Tan dalam
rekod Ming Shih, menurut Prof. Hsu, jelas sama dengan Kelantan. Nama Kelantan
tidak disebut.
Prof. Hsu menduga bahawa Tan-Tan
dari rekod Ming Shih, yang jelas sama dengan Kelantan, disebabkan kesilapan
dalam menulis, kata “lan-tan” dijadikan “tan-tan”; “Ke” pada “Kelantan” kerana
tidak mendapat tekanan, ianya diabaikan.
Berdasarkan rekod Ling-shu, Tan-Tan terletak di sebelah
barat laut To-lo-mo. To-lo-mo adalah nama sungai di Terengganu, namanya
sekarang adalah Telemong. Di sebelah barat laut Terengganu ialah Kelantan.
Demikianlah, mungkin sekali Tan-Tan itu nama penempatan yang sekarang ini
terletak 10 batu dari muara Sungai Kelantan antara 5-6 batu dari Kota Bharu. Nama penempatan itu sekarang adalah
Tendong. Itulah kesimpulannya.
Kedudukan antara Telemong dan Tendong |
No comments:
Post a Comment