Friday, May 31, 2013
Saturday, May 25, 2013
CATATAN CHINA TENTANG “PAN-PAN” DAN KAITANNYA DENGAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Lakaran Perjalanan I-Tsing dari Canton ke Tan mo lo ti |
Sudah tersurat, catatan tentang Nusantara
ini banyak dijumpai dalam rekod orang-orang Tionghua.
Di Nusantara ini juga mempunyai rekod pada batu bersurat atau ianya lebih digemari dengan memangil prasasti. Dalam kajian ilmiah, prasasti
ini penting sebagai sumber rujukan untuk pengesahan dari rekod-rekod pengembara
Tionghua itu.
I-Tcing @ I-Tsing adalah seorang
pendeta Budha dari China yang banyak mencatat dengan lengkap tentang Nusantara
ini melalui bukunya yang berjudul Nan-hai-chi-kuei-nai-fa-ch’uan (Record) dan Ta-T’ang-si-yu-ku-fa-kao-seng-chu’uan
(Memoire). Dua buku ini telah
menjadi bahan rujukan utama buat para pengkaji sejarah kuno nusantara.
I-Tsing ini sering berulang alik
antara Kwan-Tung dan Tan-mo-lo-ti melalui pelbagai negara
seperti yang tercatat dalam record dan memoire. Negara-negara penting dalam
kedua-dua buku ini adalah :
1)
Lo-jeng-kuo
2)
Ka-cha
3)
Mo-lo-yeu
4)
Shih-li-fo-shih
5)
Mo-ho-sin
6)
Ho-ling
7)
Po-li
8)
Tan-Tan
9)
Pan-Pan
10)
Fo-Shih-pu-lo
11)
A-Shan
12)
Lang-ya-hsiu
13)
To-ho-lo-po-ti
Sebelum ini, telah dihuraikan
sedikit mengenai Tan-Tan, dan kali ini Pan-Pan akan disentuh mengikut pandangan
I-Tsing dan juga beberapa sarjana moden untuk kita melihat apa itu Pan-Pan.
Kepulauan Nusantara ini telah
mencatat sejarah sebelum masihi lagi dan kerajaan ketika itu menggunakan jalan
laut untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan juga hubungan diplomatik
mahupun ketika melakukan pencerobohan. Begitu juga dengan I-Tsing yang
menggunakan kapal dari Canton ke India untuk mendalami ajaran Budha. Beliau menjelaskan
bahawa jalan pelayaran dalam proses ulang alik ini boleh dilalui dengan dua
cara iaitu mengharungi terus Laut China Selatan atau menyusur pantai.
Negara-negara dalam rekod I-Tsing boleh ditemui sekiranya menaiki kapal dan
belayar menyusur pantai di Lautan Selatan dan ianya akan melalui Teluk Siam dan
Pantai Timur Semenanjung Malaya (Malaysia), berikut adalah rekod-rekod tentang
Pan-Pan:
- I-Tsing menyebut Pan-Pan dalam rangkaian negeri-negeri di Lautan Selatan yang memeluk agama Budha, sesudah Tan-Tan.
- Di tempat lain, I-Tsing menyatakan bahawa Tan-yuen berangkat dari Chio-chih (Tongkin), tetapi meninggal di Pan-Pan, di sebelah utara Ho-ling.
- Chiu Tang Shu menghuraikan bahawa Pan-Pan terletak di sebelah barat daya Lin-i (Campa), di sudut laut. Di sebelah utara terpisah oleh laut sempit dengan Lin-i. Dari Chio-chou letaknya sejauh 40 hari pelayaran. Negeri ini bersempadan dengan Langya-hsiu.
- Negara Tou-ho-lo (Dvaravati) di sebelah selatan bersempadan dengan Pan-Pan, di sebelah utara dengan Kia-lo-sheh-fu, di sebelah timur dengan Chen-la, dan disebelah barat dengan laut besar. Dari Canton letaknya sejauh lima bulan perjalanan.
- Hsian Tang Shu menyatakan bahawa di sebelah selatan Pan-Pan terletak Ko-lo atau Ko-lo-fu-shao-lo.
- Tung Tien mengatakan bahawa Ko-lo atau Ko-lo-fu-shao-lo, menurut huraian Dinasti Han, terletak di tenggara Pan-Pan.
Prof. G. Coedes berpendapat
bahawa Pan-Pan terletak di Semenanjung di Pantai Teluk Siam, namun lokasinya
tidak dinyatakan dengan tegas. Dr. Quaritch Wales mengira bahawa Wieng Sra
adalah pusat pertama bagi Pan-Pan sama dengan Pran-puri (Pranpun), kerana
menurut rekod Shui Shu, Tu-ho-lo di sebelah selatan Pan-Pan dan ianya harus
ditafsirkan “di tenggara”. Demikianlah pendapat para sarjana sejarah tentang
Pan-Pan. Nyata sekali di sini bahawa
Pan-Pan itu merujuk kepada Patani sekarang ini, dan jika Patani dikaitkan kita
tidak boleh lari lagi dari sejarah awal BANGSA MELAYU. Hubungan Tan-Tan,
Pan-Pan dan Mo-lo-yu itu sendiri adalah akrab dan ianya terjalin sebelum
wujudnya Empayar Sriwijaya.
Kedudukan Pan-Pan berdasarkan lakaran dari Wikipedia |
Labels:
i-tsing. tionghua,
india,
melayu,
pan-pan,
srivijaya
Friday, May 24, 2013
Gua Cha : Tapak Arkeologi di Kelantan
1)
Malaysia mempunyai banyak tapak arkeologi yang
membuktikan disini wujud peradaban pra-sejarah. Antara tapak yang popular
adalah di Lembah Bujang iaitu tinggalan Candi zaman Sri Wijaya dan di Lenggong,
Perak tempat penemuan Perak Man serta kajian arkeologi di Gua Niah.
2)
3 lokasi ini sering diwar-warkan sebagai tapak
kajian yang tersohor hingga diberi pelbagai penghargaan. Masyarakat umum jarang
didedahkan dengan tapak-tapak arkeologi lain yang tidak kurang penting dalam
sejarah.CBerikut beberapa tapak penting yang jarang diketahui umum:
1)
Gua Cha, Nenggiri, Kelantan
2)
Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang
3)
Gua
Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu
4)
Kawasan Endau-Rompin sempadan Johor-Pahang
5)
Gua Bintong di Perlis
3)
Gua Cha,
Gua ini terletak di kawasan Nenggiri iaitu sebuah kawasan yang tersohor zaman
berzaman. Ia diingati kerana Paduka Che Siti Wan Kembang telah menubuhkan
kerajaan baru kerana berundur akibat serangan Siam semasa berada di Chetok
bersama-sama Raja Abdullah dan Puteri Saadong. Secara geografinya Gua Cha
terletak ditebing kiri Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, 16 km ke hilir Kampung
Kuala Betis. Ianya merupakan satu kawasan batu kukup atau batu lindungan yang
mempunyai keluasan lantai hampir 300 meter persegi.
4)
Penemuan
arkeologi di Gua Cha, dari sudut arkeologi, Gua Cha boleh dikatakan tapak
yang paling aktif sekali diselidiki, di Semenanjung Malaysia. Penemuan gua ini
telah dilaporkan oleh H.D. Noone pada tahun 1936 manakala kajian yang lebih
mendalam dijalankan oleh G.de G. Sieveking pada tahun 1954 dan sekali lagi pada
tahun 1979. Kajian terbaru pula dijalankan oleh Haji Adi bin Haji Taha ditapak
yang sama.Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan lebih dari 30 tinggalan
manusia zaman ‘Hoabinhian’ dan Neolitik ditemui di Gua Cha.
5)
Tembikar-tembikar yang dibuat dalam pelbagai
bentuk dan ragam dan alat-alat perhiasan juga ditemui dalam kuantiti yang
banyak dan merupakan perkakas pengkebumian yang ditanam bersama mayat. Bukti
tinggalan makanan yang ditemui di Gua Cha menunjukkan yang masyarakat tersebut
bukan sahaja memburu haiwan kecil tetapi juga haiwan besar .
6)
Pentarikhan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah
didiami oleh masyarakat ‘Hoabinhian’ sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti
oleh masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras
terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan bahawa
disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.
7)
Penemuan rangka orang-orang Hoabinihian oleh
Gale Sieveking telah dibawa lari dalam 10 kotak pada tahun 1954 melalui jalan
sungai yang terus tembus ke pahang dan terus diangkut melalui Fort Chabai.
Ekspedisi 1954 dikawal ketat oleh tentera dan bekalan makanan dihantar melalui
udara berikutan kawasan ini tidak dapat diakses melalui darat. Ini membuktikan
kepada kita bahawa kawasan Gua Cha ini adalah bukti penting dalam kita menyusun
puzzle untuk mengetahui bangsa yang akan di akhir zaman.
8)
2009-2011 Gua Cha diselia oleh Jabatan Warisan
Kebudayaan UMK di bawah kendalian Dato’ Haji Adi Taha (Allahyarham) dan ia
terus dipantau UMK.
Rangka Manusia di Gua Cha |
Nusantara dan Asia Tenggara : Prolog
NUSANTARA |
1. Bumi ini bulat dan 70% darinya adalah Air, tanah daratan pula telah terbahagi kepada beberapa Benua. Hal ini sebenarnya telah diwujudkan oleh ahli geografi Barat setelah mereka berjaya menjatuhkan Kerajaan Andalusia di Sepanyol dalam Perang Salib.
2. Benua Asia sekarang adalah istilah daripada Imperialis Barat yang merujuk kepada Dunia pada sebelah Timur. Pada masa Imperialis Barat ini mengalami Zaman Kegelapan, mereka tidak mengenal pun Dunia Timur ini. Waktu itu, orang-orang Arab telah mengenal dengan baik akan Dunia Timur ini.
3. Namun, sudah termaktub SEJARAH DITULIS OLEH MEREKA YANG MENANG.
4. Geografi Dunia telah diubah secara total oleh Imperialis Barat dengan menyatakan bahawa bahagian dunia kita tinggal sekarang ini sebagai South East of Asia atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Asia Tenggara, sedangkan waktu itu di sini sudah ada Empayar yang hebat dan besar serta mempunyai peradaban yang hebat dengan binaan yang maju pada zaman itu. Sebelum kedatangan Imperialis Barat ini, bahagian ini dikenali sebagai NUSANTARA dengan di semenanjung telah wujud Negara Kota yang sejarahnya bermula seawal kurun ke-7 lagi. Ini belum lagi dikira akan Negara Kota yang wujud di kepulauan Sumatera, Jawa, Borneo, Makasar serta beberapa negara di "daratan" Nusantara.
5. Kerajaan-Kerajaan ini telah mengadakan hubungan dua hala dengan China yang ketika itu dianggap sebagai sebuah Negara Pelindung kerana mereka sering diancam oleh Siam dan juga India. Hubungan ini dijalankan dengan penghantaran ufti berupa produk yang dihasilkan oleh negara masing-masing dengan menggunakan kapal dan balasannya, Maharaja China akan mengiktiraf negara mereka serta mengeluarkan amaran kepada negara-negara yang mengancam kedaulatan negara-negara kota ini.
6. Hubungan dua hala ini boleh berlaku kerana pada waktu itu Nusantara ini mengamalkan Agama Buddha dan bertepatan pula dengan agama di negara China pada waktu itu. Maharaja China ini pula melindungi negara-negara ini kerana agama Budha. Hal ini kerana, tiada mana-mana rekod Negara China datang menyerang ke Nusantara kerana kesemua negara di Nusantara ini bersahabat dengan Negara China.
7. Ini membuktikan bahawa pada zaman sebelum Imperialis Barat, Bangsa dari Nusantara ini telah maju dari segala segi dan telah meguasai ilmu berkaitan dengan Laut.
8. Ringkasnya, Manusia di Asia Tenggara (Nusantara) ini sudah mempunyai tamadun yang hebat serta mengetahui akan Empayar Rom dan Empayar Mesir melalui berita dari Bangsa Arab-Parsi. Bagaimana Imperialis mengatakan kita ini Barbarian!!
“TAN-TAN” KERAJAAN SILAM YANG PERNAH WUJUD DI KELANTAN
Suatu waktu dahulu, di negeri
Kelantan pada masa sekarang telah wujud beberapa buah kerajaan tua yang disebut
dalam pelbagai catatan terutama dalam catatan China, India, Arab dan Parsi
serta dalam catatan Eropah.
Antara nama negeri yang sering
disebut adalah:
1) Medang Ghana
2)
Medang Kamulan
3)
Raktamrittika
4)
Tan-Tan
5)
Chih-Tu
5 nama kerajaan ini terletak
dalam sempadan Kelantan pada zaman ini, nama Kelantan ini juga sebenarnya nama
tua tetapi ianya diterjemah oleh pencatat mengikut maksud bahasa ibunda mereka.
Paling menarik, adalah tentang
Tan-Tan kerana ianya disebut oleh I-Tsing iaitu seorang pendeta agama Budha
yang ulung sewaktu zamanya. Beliau telah menghasilkan dua buah buku catatan
yang menghuraikan secara terperinci Alam Nusantara memandangkan beliau telah
tinggal lama di Nusantara setelah berhijrah dari Canton, China.
I-Tsing menyatakan bahawa Tan-Tan
adalah sebuah negeri dibawah naungan Sriwijaya. Ianya adalah sebuah negeri yang
kaya dengan mineral berharga seperti Emas, Perak dan Kaca.
Prof. Hsu-ts’io yang telah mengumpulkan semua rekod Tan-Tan
dari pengembara China dalam artikel yang berjudul I Notes on Tan-Tan dalam Jurnal M.B.R.A.S vol XX seperti berikut:
1) Rekod
dari Liang Shu:
Pada tahun
530, Raja Tan-Tan mengirimkan utusan dan mempersembahkan ucapan yang
muluk-muluk kepada Maharaja. Maharaja ini disamakan dengan mahamurah,
memerintah rakyatnya dengan ramah, kepercayaannya kepada Ratnaraya sangah
tabah. Ajaran Budha benar-benar meresap dalam tingkah lakunya. Itulah sebabnya
maka pendeta Budha mengerumuni beliau; pelantikan Pendeta Buddha makin
bertambah, semuanya hormat kepada baginda, yang kasih sayangnya meliputi segala
umat, sehingga makhluk dari lapan penjuru dunia berkumpul. Betapa besar
kekuasaan beliau untuk menaklukkan semua negeri-negeri tetangga hampir-hampir
tidak terkatakan.
Saya berharap
mudah-mudahan baginda berkenan memandang saya dan memberi kesempatan kepada
utusan saya untuk bertemu muka dengan baginda. Saya mohon agar baginda suka
menerima hadiah saya yang tidak seberapa berupa dua arca gading, dua pagoda,
sejumlah agnimani, kapas dan minyak wangi.
Pada tahun
pertama masa pemerintahan Ya-tung (tahun 535), Raja Tan-Tan mengirim utusan
lagi dengan membawa emas, perak, kaca, minyak wangi, rempah-rempah, dan
pelbagai barangan lain.
2) Rekod
dari Sui Shu, susunan Wei Cheng:
Negeri P’o-Li
dapat dicapai dari Chio-chih melalui Chih-tu dan Tan-Tan. Dari timur ke barat
jauhnya sepanjang empat bulan perjalanan, dari selatan ke utara 45 hari
perjalanan. Adat istiadat negeri P’o-li sama dengan adat istiadat negeri
Kemboja. Hasil buminya sama dengan negeri Campa. Pada tahun ke-12 semasa
pemerintahan Ta-yih (tahun 616), negeri itu mengirim utusan ke China untuk
mempersembahkan ufti, namun pemberian itu tidak dilanjutkan. Di sebelah selatan
P’o-li terletak negeri Pan-Pan dan Tan-Tan. Dua negeri ini memberikan hasilnya
sebagai ufti. Baik adat istiadat dan hasil buminya adalah sama.
3)
Rekod Hsin
T’ang Shu:
P’o-li
terletak disebelah tenggara Huang-wang (Campa), dapat dicapai dari Kocin-China
melalui Chih-tu dan Tan-Tan. Lebar dan panjangnya beberapa ribu li. Di situ
banyak kudanya. Negeri itu juga disebut Mali. Di sebelah timurnya terletak
negeri Lo-tha.
4)
Rekod Nan
Shih, susunan Li Yen Shu – maklumatnya hampir sama dengan rekod Liang Shu.
5)
Rekod dari Tung
Tien susunan Tu You:
Berita tentang
Tan-Tan kita ketahui pada masa pemerintahan Maharaja Sui. Letaknya di sebelah
barat laut To lo modan di sebelah tenggara Chen Chow. Nama bangsa rajanya
adalah Sha li. Namanya sendiri Shih ling
Chia. Ibu kotanya didiami oleh 20 000 keluarga.
Negeri ini
mempunyai beberapa daerah untuk memudahkan pentadbiran kerajaan. Setiap hari,
Rajanya akan berada di istana pada waktu pagi selama 2 jam dan 2 jam lagi
disebelah petang. Mempunyai 8 orang menteri dari kalangan Pendeta. Wajah
baginda diliputi bedak wangi, memakai mahkota terbuka bersabuk pita, pakaiannya
berwarna awan pagi, sandalnya dibuat dari kulit, baginda akan menaiki tandu
jika keluar tidak jauh dari istana dan akan menaiki gajah jika jauh dari
istana. Dalam peperangan tetuang akan dibunyikan, genderang akan dipalu dan
panji-panji akan di kibarkan. Undang-undangnya tidak pilih kasih. Barangsiapa
mencuri akan dikenakan hukuman mati. Hasilnya: emas, perak, kayu cendana, kayu
sapan, dan pinang. Juga menghasilkan padi. Binatang ternaknya : kambing, babi,
ayam, angsa, itik, kijang dan rusa. Disitu ada burung kocin dan merak.
Buah-buahan dan rumput air: anggur, delima, labu, lugenaria vulgaris, gangang
dan teratai. Sayur mayurnya : brambang, bawang dan akar.
6)
Rekod dari Hsin
Tang Shu, susunan Au Yang Hsiu
Tan-Tan
terletak di sebelah tenggara Chen Chow dan di sebelah barat To lo mo, terbahagi
kepada beberapa daerah. Di negeri itu terdapat banyak kayu cendana. Nama bangsa
rajanya Sha-li dan namanya sendiri Shih Ling Chia. Baginda menjalankan tugasnya
setiap hari dan mempunyai 8 menteri. Baginda memakai minyak wangi, mengenakan
mahkota dengan pelbagai bulu-bulu yang mahal-mahal. Dalam perjalanan dekat,
baginda naik kereta, tetapi dalam perjalanan jauh, naik gajah. Dalam peperangan
tetuang dibunyikan dan genderang dipalu. Pencuri besar-kecil dihukum berat.
Pada masa
pemerintahan Chien feng (666-667) dan Tsu-Cheng (668-669), negeri itu
mempersembahkan ufti berupa hasil dalam negerinya. Negeri Lo yueh terletak 5000
li dari laut di sebelah utaranya. Di sebelah barat daya berbatasan Ko Ku Lo,
menjadi pusat pertemuan para pedagang dan pusat lalu lintas. Adat istiadatnya
sama dengan negara To-ho-po-ti (Dwarawati). Tiap tahun ada perahu dari negeri
itu datang di Kanton, nakhkodanya memberi laporan ke istana.
7)
Rekod Nan-hai-chi-kuei-nei-fa-chuan,
karangan I-Tsing;
Tan-tan
termasuk salah satu negeri laut Selatan yang memeluk agama Budha, dan disebut
sesudah Ho-ling.
8)
Rekod dari Tung
Chih susunan Cheng-Ts’iao sama dengan rekod Tung Tien
9)
Rekod semasa pemerintahan Dinasti Ching
Tan-Tan
terletak di pantai laut sejauh 130 hentian di sebelah barat daya Amoy. Adat
istiadat, pakaian dan hasil buminya sama dengan Johor. Pelayaran dari Amoy ke
Johor sejauh 180 hentian, ke Sengora dan Patani sejauh 150 hentian. Satu
hentian kira-kira 60 li.
10)
Rekod dari Ming
Shih
Tan-Tan dalam
rekod Ming Shih, menurut Prof. Hsu, jelas sama dengan Kelantan. Nama Kelantan
tidak disebut.
Prof. Hsu menduga bahawa Tan-Tan
dari rekod Ming Shih, yang jelas sama dengan Kelantan, disebabkan kesilapan
dalam menulis, kata “lan-tan” dijadikan “tan-tan”; “Ke” pada “Kelantan” kerana
tidak mendapat tekanan, ianya diabaikan.
Berdasarkan rekod Ling-shu, Tan-Tan terletak di sebelah
barat laut To-lo-mo. To-lo-mo adalah nama sungai di Terengganu, namanya
sekarang adalah Telemong. Di sebelah barat laut Terengganu ialah Kelantan.
Demikianlah, mungkin sekali Tan-Tan itu nama penempatan yang sekarang ini
terletak 10 batu dari muara Sungai Kelantan antara 5-6 batu dari Kota Bharu. Nama penempatan itu sekarang adalah
Tendong. Itulah kesimpulannya.
Kedudukan antara Telemong dan Tendong |
Subscribe to:
Posts (Atom)