Friday, May 24, 2013

Nusantara dan Asia Tenggara : Prolog

NUSANTARA

1. Bumi ini bulat dan 70% darinya adalah Air, tanah daratan pula telah terbahagi kepada beberapa Benua. Hal ini sebenarnya telah diwujudkan oleh ahli geografi Barat setelah mereka berjaya menjatuhkan Kerajaan Andalusia di Sepanyol dalam Perang Salib.

2. Benua Asia sekarang adalah istilah daripada Imperialis Barat yang merujuk kepada Dunia pada sebelah Timur. Pada masa Imperialis Barat ini mengalami Zaman Kegelapan, mereka tidak mengenal pun Dunia Timur ini. Waktu itu, orang-orang Arab telah mengenal dengan baik akan Dunia Timur ini.

3. Namun, sudah termaktub SEJARAH DITULIS OLEH MEREKA YANG MENANG. 

4. Geografi Dunia telah diubah secara total oleh Imperialis Barat dengan menyatakan bahawa bahagian dunia kita tinggal sekarang ini sebagai South East of Asia atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Asia Tenggara, sedangkan waktu itu di sini sudah ada Empayar yang hebat dan besar serta mempunyai peradaban yang hebat dengan binaan yang maju pada zaman itu. Sebelum kedatangan Imperialis Barat ini, bahagian ini dikenali sebagai NUSANTARA dengan di semenanjung telah wujud Negara Kota yang sejarahnya bermula seawal kurun ke-7 lagi. Ini belum lagi dikira akan Negara Kota yang wujud di kepulauan Sumatera, Jawa, Borneo, Makasar serta beberapa negara di "daratan" Nusantara.

5. Kerajaan-Kerajaan ini telah mengadakan hubungan dua hala dengan China yang ketika itu dianggap sebagai sebuah Negara Pelindung kerana mereka sering diancam oleh Siam dan juga India. Hubungan ini dijalankan dengan penghantaran ufti berupa produk yang dihasilkan oleh negara masing-masing dengan menggunakan kapal dan balasannya, Maharaja China akan mengiktiraf negara mereka serta mengeluarkan amaran kepada negara-negara yang mengancam kedaulatan negara-negara kota ini.

6. Hubungan dua hala ini boleh berlaku kerana pada waktu itu Nusantara ini mengamalkan Agama Buddha dan bertepatan pula dengan agama di negara China pada waktu itu. Maharaja China ini pula melindungi negara-negara ini kerana agama Budha. Hal ini kerana, tiada mana-mana rekod Negara China datang menyerang ke Nusantara kerana kesemua negara di Nusantara ini bersahabat dengan Negara China.

7. Ini membuktikan bahawa pada zaman sebelum Imperialis Barat, Bangsa dari Nusantara ini telah maju dari segala segi dan telah meguasai ilmu berkaitan dengan Laut. 

8. Ringkasnya, Manusia di Asia Tenggara (Nusantara) ini sudah mempunyai tamadun yang hebat serta mengetahui akan Empayar Rom dan Empayar Mesir melalui berita dari Bangsa Arab-Parsi. Bagaimana Imperialis mengatakan kita ini Barbarian!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...